Lepas pukul kekasih, Chris Brown ingin sambung belajar? - Hiburan | mStar

Lepas pukul kekasih, Chris Brown ingin sambung belajar?

Brown dilaporkan kononnya ingin menyambung pelajaran
Brown dilaporkan kononnya ingin menyambung pelajaran

SETELAH menimbulkan kontroversi gara-gara kes memukul kekasihnya, Rihanna, penyanyi rap Chris Brown menafikan laporan kononnya dia telah memohon untuk menyambung pelajaran di sebuah universiti di Virginia.

Cerita itu tersebar setelah penyanyi itu dilihat melawat Universiti Norfolk State bersama-sama dengan ibu dan sepupunya baru-baru ini.

Bagaimanapun, penyanyi itu menyangkal khabar angin tersebut dan menegaskan seorang saudaranya sedang menuntut di universiti terbabit.

Wakil Brown memberitahu TMZ.com bahawa penyanyi itu melawat universiti tersebut untuk memberikan sokongan kepada sepupunya dan menegaskan dia tidak memohon', `tidak berdaftar' dan `tidak berminat' untuk belajar buat masa ini.

Sementara itu, Brown dijangka akan dihadap ke mahkamah Los Angeles pada April ini selepas membelasah teman wanitanya, Rihanna.

Artikel Sebelum

Lady Gaga ingin hidup di era 60-an

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain