suria

Jacko tunggang gajah untuk konsert Londonnya!

Kehebatan nyanyian dan tarian Michael Jackson tiada tolok banding.
Kehebatan nyanyian dan tarian Michael Jackson tiada tolok banding.
Kehebatan nyanyian dan tarian Michael Jackson tiada tolok banding.

RAJA Pop, Michael Jackson bercadang menunggang gajah ke siri konsertnya di London!

Jackson, 50, juga ingin membawa bersama seekor harimau kumbang, ular-ular, burung-burung tropikal dan tiga ekor monyet. Perarakan itu bertemakan hutan, sarkas dan cuaca.

"Dia (Jackson) berharap untuk menjadikannya satu persembahan yang paling hebat. Untuk bahagian rimba, dia ingin menunggang gajah Afrika dan harimau-harimau kumbang pula akan diikat dengan rantai emas.

"Burung kakak tua dan lain-lain burung akan terbang mengikutinya. Jika segala perancangan berjalan lancar, ia akan kelihatan sungguh hebat," kata sebuah laporan memetik kata-kata sumber dalaman.

Menurut sumber-sumber, watak utama `Thriller' itu juga berharap mendapatkan perkhidmatan 100 pahlawan Masai untuk 50 persembahan di 02 Arena bermula Julai ini.

Pengurus-pengurus Jackson berpendapat, ia bukan suatu idea yang baik untuk menggunakan haiwan-haiwan dalam persembahan selain bimbang mengenai kos dan premium insurans yang tinggi.

Terdapat juga undang-undang penjagaan kebajikan haiwan yang melarang haiwan-haiwan bukan domestik beraksi dalam persembahan.

Namun, sumber itu memberitahu, penyanyi tersebut 'terdesak untuk melangkaui peraturan itu.'

Artikel Lain