suria

Geri Halliwell jalin semula hubungan dengan bekas kekasih

Geri Halliwell pernah mewarnai dunia muzik bersama kumpulan Spice girl.
Geri Halliwell pernah mewarnai dunia muzik bersama kumpulan Spice girl.
Geri Halliwell pernah mewarnai dunia muzik bersama kumpulan Spice girl.

BEKAS Spice girl, Geri Halliwell nampaknya telah menjalin semula hubungan romantik dengan bekas kekasihnya, Nick House.

Ginger Spice pernah keluar dengan usahawan, House dalam jangka masa pendek sebelum jatuh cinta dengan hartawan perahu layar dari Itali, Fabrizio Politi.

Halliwell telah meninggalkan Politi awal bulan ini walaupun selepas bertunang semasa Krismas dan difahamkan telah bersama-sama dengan House.

"Geri berseronok sekarang selepas berpisah dengan Fabrizio. Dia suka mendampingi Nick. Mereka sepadan," petikan sebuah akhbar melaporkan.

Mereka bertemu di pub Guy Ritchie yang dikenali sebagai The Punch Bowl di Mayfair, London pada 23 Mac lalu.

Artikel Lain