suria

Agong rasmi Citrawarna Malaysia 2009

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini berkenan merasmikan program Citrawarna Malaysia yang menonjolkan kepelbagaian aspek kebudayaan, etnik dan tradisi masyarakat negara ini menerusi persembahan jalanan, muzik dan tarian di Dataran Merdeka di sini.

Ketibaan Seri Paduka di dataran disambut oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Acara bagi siri ke-11 yang turut dikenali sebagai Warna-Warna Malaysia 2009 itu berkonsepkan "Malaysia Truly Asia" dengan tema perayaan tahun ini, "Malaysia Welcomes the World".

Warna-Warna Malaysia kali ini memaparkan tema yang memberi peluang kepada pelancong mengenali pelbagai jenis kraftangan tradisi dan makanan masyarakat Malaysia seperti lemang, opor daging, kek lapis dan nasi kerabu yang unik kepada pelancong asing.

Pengisian acara itu yang berlangsung sepanjang tahun ini termasuk Pesta Air, KL GP Couture and Cuisine Festival, One World One Fashion, Malaysia Ethnic Cuisine dan Malaysia Heritage Cuisine. BERNAMA

Artikel Lain