suria

Aamir Khan tidak dapat restu jadi bintang filem

Aamir Khan dibesarkan dalam keluarga perfileman.
Aamir Khan dibesarkan dalam keluarga perfileman.
Aamir Khan dibesarkan dalam keluarga perfileman.

WALAUPUN dibesarkan dari latar belakang perfileman, ibu bapa pengarah dan pelakon terkenal Bollywood Aamir Khan tidak merestui anak mereka berkecimpung dalam dunia perfileman.

"Ibu bapa menjaga kami dengan baik sekali... kami mempunyai kehidupan yang agak dilindungi. Maksud saya, ibu dan bapa saya langsung tidak menyukai penglibatan saya dalam filem.

"Walaupun saya datang dari keluarga filem dan kedua-dua ayah dan pakcik saya adalah prosedur filem, saya berhadapan dengan `neraka' di rumah.

"Seolah-olah tiada apapun yang dapat mendorong saya terlibat dalam perfileman," Aamir Khan memberitahu edisi khas CNN "Talk Asia" baru-baru ini.

"Tetapi saya biasanya tidak mendengar nasihat orang lain. Saya hanya melakukan apa-apa yang saya rasa sesuai. Sebenarnya apa yang mereka lakukan adalah kerana mereka amat prihatin terhadap saya.

"Semua ibu bapa mengambil berat anak-anak mereka. Mereka telah melalui bidang ini dan profesion ini memang tidak menentu.

"Anda berada di puncak pada suatu hari tapi esok lusa mungkin tempat anda entah di mana. Ia adalah pekerjaan yang teruk," tambahnya.

Aamir Khan ialah anak kepada produser filem tersohor, Tahir Hussain. Pakciknya, Nasir Hussain juga adalah pengarah filem.

Artikel Lain