suria

Seluar Amy Winehouse tersepit di pagar jiran!

Amy tak serik-serik mencari pasal dan kontroversi.
Amy tak serik-serik mencari pasal dan kontroversi.
Amy tak serik-serik mencari pasal dan kontroversi.

ARTIS yang tidak habis-habis dilanda masalah Amy Winehouse memalukan dirinya dengan memanjat pagar jirannya baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar, aksi Amy itu mungkin kerana dia ingin melarikan diri dari paparazi yang sering menghendapnya.

Mungkin kerana ingin mengelak dirinya dari dirakam, Amy telah memanjat pagar jirannya dengan dibantu oleh seorang teman lelakinya.

Ketika cuba memanjat itulah, seluar jogging berwarna kelabunya tersepit di celah pagar itu. Nasib baik kawannya menolong untuk melepaskan.

Nampak gayanya, semenjak dia pulang dari bercuti di pulau Carribean di St Lucia, Amy selalu sahaja dilanda masalah yang membuat dirinya terus berada di kancah kontroversi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain