suria

Jenny McCarthy syor lakukan botoks

Jenny percaya akan botoks. Dia syorkan sesiapapun boleh membuatnya asalkan orang bahagia.
Jenny percaya akan botoks. Dia syorkan sesiapapun boleh membuatnya asalkan orang bahagia.
Jenny percaya akan botoks. Dia syorkan sesiapapun boleh membuatnya asalkan orang bahagia.

AKTRES dan model Jenny McCarthy membuat pengakuan yang dia memerlukan botoks tapi bukan banyak "hanya sedikit saja."

McCarthy, yang sedang berpacaran dengan aktor Jim Carrey, berkata dia tahu komennya tentang botoks dan prosedur kosmetik telah membuat ramai peminatnya terperanjat.

"Ramai orang terkejut kerana saya begitu terbuka berbicara pasal botoks.

"Ada yang melakukannya tetapi tidak mahu mengaku sedangkan saya terbuka dan saya rasa orang lain pun sepatutnya jujur membuat pengakuan yang serupa," kata Jenny yang seksi itu.

Katanya lagi, "Saya sukakan botoks tapi sedikit saja."

"Ramai doktor akan lakukannya tapi orang akan kelihatan seperti 'dibekunkan.'

"Sepatutnya, wajah kita perlu kelihatan ada sedikit kedutan. Jadi cara menyelesaikan masalah ialah kita perlu buat botoks tapi sedikit saja.

"Susah hendak dapatkan doktor yang boleh lakukan sedikit botoks saja. Bukannya saya ingin promosikan botoks tapi saya rasa sesiapa saja boleh lakukan janji mereka bahagia."

Artikel Berikut

Artikel Lain