suria

Rihanna dipukul dilakonkan semula?

HUBUNGAN mesra terjalin antara Rihanna dan teman lelakinya, Chris Brown.
HUBUNGAN mesra terjalin antara Rihanna dan teman lelakinya, Chris Brown.
HUBUNGAN mesra terjalin antara Rihanna dan teman lelakinya, Chris Brown.

KONFRONTASI antara bintang popular, Rihanna dan teman lelakinya yang juga penyanyi, Chris Brown dirakamkan dalam satu video baru oleh organisasi remaja, DoSomething.org.

Dalam video itu, seorang pemuda dan wanita melakonkan semula maklumat-maklumat yang diperolehi daripada afidavit polis Los Angeles.

(Afidavit ialah kenyataan atau keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seseorang pegawai bertauliah).

8 Februari lalu, Brown didakwa menumbuk, menggigit dan mencekik Rihanna sehingga hampir pengsan.

Seorang tukang cerita mengisahkan babak dengan suara selamba.

"Kami tidak ingin ia menjadi terlampau dramatik," kata Nancy Lublin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, DoSomething.org.

"Matlamat kita bukannya untuk membuat penggambaran filem Lifetime TV..... Tiada keperluan untuk mensensasikannya. Ia sudah teruk."

Klip ringkas boleh ditonton melalui YouTube. Ia diakhiri dengan statistik bahawa seorang daripada tiga remaja didera dalam sesuatu perhubungan selain mempromosikan rantai tangan percuma 'satu biru, dua hitam.'

Ia menyebarkan kesedaran mengenai penderaan dalam janji temu dengan kekasih.

Lublin berkata, matlamatnya adalah membolehkan orang ramai berfikir dan mengubah perangai mereka.

Organisasi itu sengaja menggunakan pelakon berkulit putih bagi mengalihkan tumpuan daripada penyanyi selebriti tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain