suria

'Guitar Hero' versi Beyonce Knowles?

Beyonce mendedahkan yang dia rasa lebih yakin bermain Guitar Hero dari gitar betul.
Beyonce mendedahkan yang dia rasa lebih yakin bermain Guitar Hero dari gitar betul.
Beyonce mendedahkan yang dia rasa lebih yakin bermain Guitar Hero dari gitar betul.

BEYONCE Knowles tidak teragak-agak untuk meneruskan niatnya untuk mencipta 'Guitar Hero' video game versinya tersendiri.

Ratu R&B itu memberitahu yang dia selalu leka bermain permainan video yang menggunakan guitar berbentuk peripheral bagi mengalakkan orang ramai bermain gitar lead dan bass guitar untuk lagu-lagu rock.

Penyanyi berusia 27 tahun itu juga mendedahkan yang dia rasa lebih yakin bermain Guitar Hero dari gitar betul.

Dia begitu teruja memikirkan tentang konsep hampir serupa tapi ciptaan baru edisi Beyonce yang memaparkan lagu-lagunya pula.

"Tentu saya teruja memikirkan orang akan bermain gitar dengan lagu-lagu saya," kata Beyonce.

Namun, Beyonce kata, dia tidak begitu bernasib baik dengan video game karaoke.

"Saya pernah bermain permainan karaoke dengan menggunakan lagu-lagu lama Destiny's Child.

"Kelakar betul kerana saya tidak dapat pun mengumpul markah. Saya terfikir, macam mana perkara ini boleh terjadi?"

Artikel Berikut

Artikel Lain