suria

Gilakan Prince Harry tapi tak sanggup berkorban

Tidak sanggup korban pakaian kulit dan renda untuk bersama keluarga DiRaja.
Tidak sanggup korban pakaian kulit dan renda untuk bersama keluarga DiRaja.
Tidak sanggup korban pakaian kulit dan renda untuk bersama keluarga DiRaja.

WALAUPUN Lady Gaga terpikat habis dengan Putera Raja Britain, Prince Harry tapi dia belum sedia untuk melupakan kegilaannya terhadap fesyen-fesyen terkini untuk keluarga DiRaja itu.

Penyanyi yang meletup dengan lagu popular "Just Dance" amat meminati putera Raja yang baru saja berpisah dengan teman wanitanya, Chelsy Davy.

"Saya ternampak dia di sebuah kelab dan semenjak saat itu, saya masih tidak dapat melupakannya. Lelaki Britain amat 'cool'.

"Saya paling suka cara mereka bertutur terutama sekali Prince Harry. Memang hebat sekali," kata Lady Gaga.

Namun, penyanyi yang nama sebenarnya ialah Stefani Germanotta, berkata tidak mungkin dia akan mengorbankan cara berpakaiannya yang liar dan gila-gila hanya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan protokal golongan DiRaja itu.

"Prince Harry memang kaca tapi tidak mungkin saya boleh mengorbankan pakaian kulit dan renda untuk keluarga DiRaja ini," kaat Lady Gaga.

Artikel Berikut

Artikel Lain