suria

Natasha 'mati otak' dan kini bergantung bantuan hayat

Kecelakaan di tempat ski meragut segala kebahagiaan Natasha begitu saja.
Kecelakaan di tempat ski meragut segala kebahagiaan Natasha begitu saja.
Kecelakaan di tempat ski meragut segala kebahagiaan Natasha begitu saja.

AKTRES Natasha Richardson kini berada mati otak setelah mengalami kecederaan teruk di kepalanya ketika bermain ski di Mont Tremblant resort, Quebec, Kanada Isnin lepas.

Sebuah akhbar New York melaporkan bahawa aktres berusia 45 tahun ini telah diterbangkan serta merta ke New York supaya sahabat handai dan ahli keluarga Richardson dapat memberi penghormatan terakhir ke atasnya apabila bantuan hayat dicabut nanti.

Isteri kepada aktor Liam Neeson itu mulanya dikejarkan ke hospital berhampiran Mont Tremblant ski resort di Quebec setelah kemalangan Isnin lalu tetapi dipindahkan ke hospital Montreal.

Namun apabila didapati dia berada dalam keadaan tenat dan koma, keputusan terakhir ialah menerbangkannya ke hospital New York.

Dia diterbangkan dengan jet peribadi bersama katil 'intensive care' dan badannya dibungkus dalam blanket yang tebal manakala beberapa tube masih tergantung di wajahnya.

Seorang jurucakap ski resort itu berkata, Richardson jatuh ketika mengikuti kelas persendirian di 'beginners' slope dan tidak memakai helmet.

Setelah dia jatuh, dia masih boleh berjalan ke biliknya, ketawa dan melawak.

Tapi dia dibawa ke hospital sejam kemudian apabila mengadu sakit kepala.

Richardson adalah anak kepada aktres lagenda Vanessa Redgrave dan mendiang pengarah Tony Richardson.

Richardson mengahwini Neeson pada 1994 setelah menjalin hubungan dalam filem "Nell". Neeson bergegas meninggalkan lokasi pengambaran "Chloe" untuk bersama isteri tercinta.

Kedua orang anak lelaki Richardson, Micheal Richard Antonio, 13, dan Daniel Jack, 12, berada disamping ibu mereka sama-sama main ski apabila kejadian tidak diingini itu berlaku.

Kejayaan Richardson memenangi anugerah Tony sebagai aktres terbaik dalam muzikal 1998 untuk wataknya dalam "Cabaret" akan selalu dikenang.

Antara filem-filem lakonannya ialah "The Parent Trap" dan "The Handmaid's Tale."

Pada bulan Januari lepas, Richardson dan ibunya telah melakonkan watak ibu dan anak dalam satu siri konsert "A Little Night Music," muzikal arahan Stephen Sondheim-Hugh Wheeler di Nokia Theatre Times Square, New York.

Artikel Sebelum

Artikel Lain