suria

Parti liar ciptaan Lindsay Lohan

Parti liar Lindsay Lohan hampir membuat dia ditangkap polis.
Parti liar Lindsay Lohan hampir membuat dia ditangkap polis.
Parti liar Lindsay Lohan hampir membuat dia ditangkap polis.

MULA-MULA hempas pintu, kemudian kedengaran suara orang menjerit diikuti dengan menginap secara rahsia di kediaman aktor veteran Jack Nicholson. Akhirnya satu waran tangkapan dikeluarkan.

Itulah gambaran hebat minggu lepas, gara-gara parti liar ciptaan model dan aktres Lindsay Lohan.

Namun pada hari Isnin, waran tangkap ke atas Lohan telah dibatalkan. Kata peguambelanya, waran itu ditarikbalik berikutan dengan kekeliruan yang berlaku, samada Lohan telah melanggar terma dalam pemerhatian pihak mahkamah setelah ditangkap pada tahun2 007 kerana kesalahan dadah dan alcohol.

Lohan diperintah untuk menghadirkan diri di mahkamah pada 3 April ini untuk menghadapi pertuduhan ini.

Juga turut heboh diperkatakan tentang satu kejadian pada hari Jumaat bila Lohan atau Lilo bersembunyi di tempat kekasih lesbiannya, Samantha Ronson apabila mendapat tahu waran tangkap ke atasnya diekluarkan.

Namun sesampainya di sana, kedua pasangan kekasih ini telah bergaduh hingga jiran mereka telah memanggil polis.

Tapi bila polis datang, kedua mereka enggan membuka pintu...

Artikel Lain