suria

Natasha kritikal setelah kecelakaan bermain ski

Natasha mengalami kederaan parah di bahagian kepala setelah menemui kemalangan di tempat bermain ski.
Natasha mengalami kederaan parah di bahagian kepala setelah menemui kemalangan di tempat bermain ski.
Natasha mengalami kederaan parah di bahagian kepala setelah menemui kemalangan di tempat bermain ski.

AKTRES Natasha Richardson kini berada di dalam keadaan yang kritikal hospital Montreal setelah menemui kecelakaan ketika bermain ski di Quebec, menurut sebuah laporan.

Pemenang anugerah Tony dan isteri kepada aktor Liam Neeson itu mendapat kecederaan yang teruk di bahagian kepala. Richardson telah dikejarkan ke hospital berhampiran Mont Tremblant ski resort di Quebec tetapi dipindahkan ke hospital Montreal.

Richardson, 45 tahun adalah anak kepada aktres lagenda Vanessa Redgrave dan mendiang pengarah Tony Richardson.

Richardson mengahwinin Neeson pada 1994 setelah menjalin hubungan dalam filem "Nell". Pasangan ini mempunyai dua orang anak lelaki.

Kejayaan Richardson memenangi anugerah Tony sebagai aktres terbaik dalam muzikal 1998 untuk wataknya dalam "Cabaret" akan selalu dikenang.

Antara filem-filem lakonannya ialah "The Parent Trap" dan "The Handmaid's Tale."

Pada bulan Januari lepas, Richardson dan ibunya telah melakonkan watak ibu dan anak dalam satu siri konsert "A Little Night Music," muzikal arahan Stephen Sondheim-Hugh Wheeler di Nokia Theatre Times Square, New York.

Artikel Lain