suria

Tania Zaetta sanggup berbogel

Tania tidak kisah menerima kritikan gara-gara 'pose' panas yang dilakukannya
Tania tidak kisah menerima kritikan gara-gara 'pose' panas yang dilakukannya
Tania tidak kisah menerima kritikan gara-gara 'pose' panas yang dilakukannya

BEKAS bintang Bollywood, Tania Zaetta nampaknya cukup berani mendedahkan tubuhnya untuk muka depan edisi terbaru majalah Ralph yang mana aktres berusia 38 tahun itu beraksi 'topless' dan hanya menutup bahagian dada dengan rambutnya yang panjang.

Tania yang pernah memegang watak sampingan sebagai isteri jutawan Amerika di dalam filem Bunty Aur Babli bagaimanapun tidak hairan dengan kritikan yang diterimanya.

"Saya sudah puas dengan karier saya di pelbagai buah negara. Dan saya cukup bangga dengan gambar-gambar tersebut. Saya bangga dengan usia saya dan menjalani kehidupan yang sihat," kata Tania.

Tania yang juga turut mencipta nama di Australia berkata, tawaran untuk beraksi 'panas' di dalam majalah itu telah diterimanya sejak tahun lalu.

"Ada ketikanya saya merasakan ada perkara yang tidak sesuai dilakukan pada masa tertentu. Dan saya merasakan tahun lepas bukanlah masa yang sesuai untuk saya berbuat demikian.

"Saya tidak rasa begitu selesa untuk lakukannya pada waktu itu," katanya yang pernah didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan beberapa orang askar ketika dia mengadakan persembahan di Afghanistan tahun lalu.

Artikel Lain