suria

Pussycat Dolls nyanyikan lagu A.R. Rahman

Pussycat Dolls bangga dapat menyanyikan lagu A.R.Rahman dan terlibat secara tidak langsung di dalam projek Slumdog Millionaire

KUMPULAN pop Amerika, Pussycat Dolls dikhabarkan telah menyanyikan lagu ciptaan komposer Bollywood A.R. Rahman, yang diambil daripada filem Slumdog Millionaire berjudul Jai Ho dalam bentuk 'remix'.

Lirik lagu bagi versi terbaru yang dinyanyikan oleh Pussycat Dolls itu telah ditulis semula di dalam bahasa Inggeris.

Kumpulan pop yang sinonim dengan imej seksi itu juga telah menghasilkan video muzik mereka berjudul You Are My Destiny dengan mengenengahkan elemen Bollywood.

"Kami amat bangga dapat berkolaborasi dengan A.R. Rahman dan terlibat secara tidak langsung di dalam projek filem Slumdog Millionaire. Muzik dan jalan cerita filem itu memang cukup menarik," kata Nicole, penyanyi utama kumpulan tersebut.

Artikel Lain