suria

Drama atau filem sama saja buat Dreyfuss

Filem atau drama sama saja buat aktor hebat Dreyfuss.
Filem atau drama sama saja buat aktor hebat Dreyfuss.
Filem atau drama sama saja buat aktor hebat Dreyfuss.

PEMENANG anugerah Oskar Richard Dreyfuss tidak ada masalah berlakon untuk siri television. Baginya kedua-dua lakon layar itu memberikannya kepuasan yang sama.

Dreyfuss khabarnya amat gembira ditawarkan berlakon di samping Jason Biggs dalam "Happiness Isn't Everything," sebuah drama komedi pilot untuk CBS.

"Happiness" mengisahkan tentang kisah perhubungan antara anak yang dewasa dengan ibu bapa mereka yang saling memerlukan.

Dreyfuss akan membawa watak seorang ayah yang suka memaksa anaknya namun dia penyayang dan kelakar sementara Biggs menjadi anaknya.

Ben Schwartz pula adalah abang kepada Biggs yang suka cakap banyak.

Dreyfuss, akan dapat dilihat bersama Nia Vardalos dalam komedi romantik "My Life in Ruins."

Artikel Lain