suria

Deepa: Preity adalah hadiah daripada Tuhan

Berbakat dan bijak - pakej lengkap yang dimiliki Preity amat dikagumi Deepa
Berbakat dan bijak - pakej lengkap yang dimiliki Preity amat dikagumi Deepa
Berbakat dan bijak - pakej lengkap yang dimiliki Preity amat dikagumi Deepa

PEMBIKIN filem popular Bollywood, Deepa Mehta amat mengagumi bakat dan kecerdikan Preity Zinta dan melabelkan aktres jelita itu sebagai 'hadiah daripada Tuhan'.

"Preity sangat berbakat. Saya bertemu dengannya buat pertama kalinya pada IIFA di England dan kami berbual tentang banyak perkara dan isu. Saya kagum melihat dia seorang yang bijak dan disebabkan itu saya tawarkan karektor Chand dalam filem Videsh untuknya.

"Dia telah mempamerkan komitmen dan persembahan yang baik di dalam filem tersebut," kata Deepa.

Preity telah memenangi AKtres Terbaik pada Festival Filem Chicago tahun lalu menerusi filem tersebut. Filem yang berkisarkan tentang seorang wanita (Preity) yang berhijrah ke Canada setelah berkahwin dijangka akan ditayangkan di India bermula 27 Mac ini.

Menariknya, jika di India, tajuk filem itu ialah Videsh, tetapi untuk tayangan antarabangsa, judulnya ditukar kepada Heaven On Earth.

"Videsh adalah sebuah filem yang dekat dengan hati saya. Filem ini menekankan tentang dua perkara; pertamanya tentang imaginasi dan kedua tentang penghijrahan dan penyisihan.

"Penderaan rumahtangga adalah tema utama filem itu, tetapi ada perkara lain juga yang sentuh. Saya juga cuba menggambarkan tentang penyisihan dan penderitaan seorang wanita yang berhijrah ke tempat lain," ujar Deepa.

Artikel Lain