suria

Menangi RM44 ribu dalam 'Teka Suara Siapa' di Suria FM

KUIZ ‘Teka Suara Siapa’ yang bermula 16 februari lalu di Suria Fm kini tiba ke kemuncaknya. Wang tunai terkumpul sebanyak RM44 ribu harus dimenangi apabila pembayang yang penting akan diberikan pada jam lapan pagi esok menerusi rancangan Breakfast@suria bersama Tuah dan Zizi.

Hanya dengarkan sesi temubual diantara Tuah dan Zizi bersama Pengarah Program, Subi yang akan melakonkan watak mewakili personaliti terakhir yang dicari bagi melengkapkan empat nama personaliti yang menyebut perkataan 'Muzik Terbaik Tanpa Henti'.

Setakat ini, tiga nama telah berjaya diteka dengan betul. Pendengar hanya perlu mendail 03-40411053 sebaik saja mendengarkan isyarat memanggil daripada penyampai bertugas mulai lapan pagi hingga 8 lapan malam. Untuk keterangan lanjut, boleh layari www.suriafm.com.my

Dalam pada itu, Suria FM juga akan meneruskan 'road tour lelong amal' yang dianjurkan stesen radio ini di Sungai Petani, Kedah pada 28 Mac dan Taiping Central, Perak pada 29 Mac bermula tiga petang dengan barisan artis yang akan terlibat ialah Bandi Amuk, Farawahida, Alya, Diddy, Divine Master dan ramai lagi.

Objektif utama lelong amal ini diadakan adalah untuk menimbulkan kesedaran terhadap pihak yang kurang bernasib baik dan memerlukan keprihatinan ramai. Selain itu, ia juga dilihat sebagai salah satu bentuk publisiti positif untuk terus meningkatkan jumlah pendengar Suria Fm.

Artikel Lain