suria

Deepika tidak tamak!

Deepika akan membuat penggambaran untuk filem seram Farhan Akhtar "Kartik Calling Kartik" mulai 4 April.
Deepika akan membuat penggambaran untuk filem seram Farhan Akhtar
Deepika akan membuat penggambaran untuk filem seram Farhan Akhtar "Kartik Calling Kartik" mulai 4 April.

DEEPIKA Padukone tidak percaya membolot semua peluang yang datang. Disebabkan itu, dia tidak ghairah menandatangai semua projek yang ditawarkan kepadanya. Dia sememangnya dalam kelas tersendiri. Baru-baru ini, Deepika yang juga seorang profesional komited menghabiskan semua tugasannya. Ini termasuk membuat penggambaran komersial televisyen untuk semua lima jenama selain beberapa filem.

Kini, dia tidak menonjolkan diri selepas penayangan terakhir, 'Chandni Chowk to China'. Deepika telah berehat secukupnya sebelum dia memulakan filem seterusnya.

Seorang kenalan rapat Deepika mendedahkan, `Deepika mula membuat penggambaran untuk filem seram Farhan Akhtar bertajuk, "Kartik Calling Kartik" mulai 4 April.

Ia dihasilkan oleh Excel Entertainment di bawah kendalian Farhan. Dia telah bekerja secara kerap untuk beberapa bulan yang termasuk `produksi rumah' Saif Ali Khan, "Love Aaj Kal" selain daripada CC2C. Jadi sekarang sebelum dia memulakan kitaran kerja yang panjang, dia ingin berehat, menyimpan tenaga dan "mengecas semula".

Dia bakal membuat penggambaran filem Farhan dan kemudiannya filem arahan Sajid Khan bertajuk 'Housefull'. Dia tidak tergesa-gesa untuk menandatangani pelbagai projek sekarang. Walaupun hanya mempunyai dua filem dalam tangan sekarang, dia tetap gembira. Apa-apa yang ingin dilakukan olehnya semasa cuti ini mungkin tidak didedahkan.

Apa yang pasti, dia boleh menghabiskan masa berkualiti dengan teman lelakinya, Ranbir Kapoor yang membuat penggambaran di dan sekitar Mumbai ketika ini.

Artikel Lain