suria

Akerman kata kostumnya dalam 'Watchmen' macam kondom

Baju getah yang dikenakan Akerman merimaskannya.
Baju getah yang dikenakan Akerman merimaskannya.
Baju getah yang dikenakan Akerman merimaskannya.

KENAL tak Malin Akerman, gadis cantik dalam filem 'Watchmen'? Khabarnya dia cukup benci pakaian ketat yang dipakainya dalam filem itu.

Filem yang diadaptasikan dari sebuah komik menyaksikan Akerman memakai baju sendat yang menampakkan susuk tubuhnya.

Kata Akerman, "baju itu terlalu ketat sehingga bau saya seperti kondom".

Memang patutpun aktres ini berkata begitu kerana pakaian ketat itu diperbuat dari getah yang melekap di badan untuk wataknya sebagai Silk Spectre dalam filem blockbuster ini.

Aktres dari Sweden ini juga berkata, dia benci setiap saat dia berada dalam kelongsong baju ketat yang berwarna hitam dan kuning.

"Dahlah ketat, panas pula dan sungguh tidak selesa. Dan baunya...jangan cakaplah. Tidak ubah seperti bau kondom," kata Akerman yang seksi itu.

Artikel Lain