suria

Ramai terkilan dengan filem baru Harry Potter

'Harry Potter and the Half Blood Prince' belum lagi diedarkan tapi peminat-peminat filem tidak puashati dengan filem ini setelah melihat preview.

FILEM Harry Potter terbaru, 'Harry Potter and the Half Blood Prince' belum lagi diedarkan tapi peminat-peminat filem yang sudah menyaksikan preview filem ini melahirkan rasa tidak puashati mereka.

Apa yang membuat mereka terkilan ialah karektor-karektor penting dan plot utama telah dipadamkan. Mereka juga berkata, sesetengah babak tidak perlu kerana tidak membawa kesan apa-apa," kata satu laporan akhbar.

Juga, kata mereka, fokus utama tidak diberikan kepada Half-Blood Prince dan filem ini telah disifatkan sebagai "terlalu sentimental."

"Filem ini juga didominasi oleh babak romantis - Ron dan Lavender Brown, Ginny dan Dean Thomas, kasih Hermione pada Ron yang tidak kunjung padam, keberahian Ron terhadap Romilda Vane dan juga cinta Harry dan Ginny," kata seorang peminat itu.

"Sesiapa yang telah membaca buku ini akan kecewa," kata peminat lain pula.

Dalam filem terbaru ini, Harry diajar oleh Dumbledore untuk mengatasi lawannya, Voldemort. Buku itu telah memaparkan memori-memori penting tapi sayangnya filem ini hanya memuatkan dua sahaja memori ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain