suria

Posh teringin anak perempuan

Walaupun kepingin mendapat anak perempuan, Posh belum bersedia kerana Beckham berada di Itali.
Walaupun kepingin mendapat anak perempuan, Posh belum bersedia kerana Beckham berada di Itali.
Walaupun kepingin mendapat anak perempuan, Posh belum bersedia kerana Beckham berada di Itali.

SETELAH David Beckham menyatakan hasrat berpindah ke AC Milan, isterinya Victoria Posh enggan meneruskan niatnya untuk hamil.

Posh tidak suka akan idea dia mengandung sedangkan suaminya berada di Itali walaupun dia sememangnya mengharapkan untuk mendapat anak keempat bagi mencukupkan ahli keluarganya sekarang.

Becks, 33, begitu teruja untuk menambahkan ahli keluarganya dan harapannya untuk mendapatkan seorang anak perempuan setelah tiga orang anaknya bersama Beckham semuanya lelaki.

Anak-anak pasangan ini ialah Brooklyn, 10, Romeo, 6, and Cruz, 4, kini berada di Los Angeels, Amerika bersama Posh.

"Isu mendapatkan bayi ini agak sensitif. Bagi Posh, masanya tidak sesuai sedangkan masa depan David di Los Angeles Galaxy belum pasti lagi. Jadi, merancang untuk mendapatkan anak baru, tidak ada dalam perancangannya sekarang.

"Seperkara lagi mereka juga perlu pastikan di mana mereka perlu tinggal untuk jangka masa lama," kata satu sumber.

Keenganan Posh menyebabkan David tidak senang hati kerana dia rasa hidupnya kini berada di landasan yang betul.

"Apa yang akan melengkapkan famili ini ialah kelahiran seorang anak perempuan," jelas sumber itu lagi.

David baru saja mendapat tempat di AC Milan dan dia mahu menjadikan perjanjian ini sebagai kekal.

Namun, Posh enggan membawa anak-anaknya berpindah ke Itali. Dia lebih gembira tinggal di Los Angeles kerana kesemua anak lelakinya gembira bersekolah di situ.

Dan dia sendiri sedang berusaha mencipta nama dalam kerjaya fesyen. Meskipun begitu, Posh memang teringin sangat anak perempuan.

"Kalau jadi macam tu, memang saya gembira sangat. Anda tidak boleh memilih apa yang anda ada. Tapi setelah mendapat tiga anak lelaki, saya idamkan anak perempuan," kata Posh.

Artikel Sebelum

Artikel Lain