suria

Kecoh bila Abhishek halau wartawan

Tidak sangka Abhishek sanggup halau wartawan.
Tidak sangka Abhishek sanggup halau wartawan.
Tidak sangka Abhishek sanggup halau wartawan.

AKTOR Abhishek Bachchan tidak sangka sikapnya tidak melayan seorang wartawan boleh menyebabkan set pengambaran jadi gamat.

Ketika di set pengambaran filem ‘Ravana’, seorang wartawan telah datang membuat liputan dan ingin mendapat eksklusif dari Abhishek. Malangnya, wartawan itu telah diarahkan keluar.

Ramai yang tahu pengarah Mani Ratnam terkenal dengan sikap tegasnya yang tidak suka sesiapapun menganggunya di set kerana dia menganggap ini mengacau kerjanya.

Sesiapa yang tidak berkenaan tidak akan dibenarkan walaupun keluarga dan kawan-kawan.

Kebetulan pula wartawan yang ingin buat liputan ini adalah dari TV yang terkenal.

Jadi, setelah dia dihalau, dia telah menghubungi seorang polis Inspektor agar menyoal siasat Abhishek.

Dan Mani Ratnam pula tidak tunggu lama, terus menghubungi orang kuat TV berkenaan.

Setelah beberapa lama cuba menyelesaikan masalah itu, barulah Mani Ratnam dapat meneruskan kerjanya semula.

Artikel Sebelum

Artikel Lain