Karan Johar tidak akan mengarah filem terbarunya. PENGARAH Bollywood Karan Johar sedang sibuk menyiapkan skrip utnuk filem terbarunya, 'Wake Up Sid'.Tidak seperti hasil kerjanya yang lain, Karan tidak akan mengarah filem ini. Sebaliknya, ia akan menerbitkan saja filem ini di bawah syarikat produksinya sendiri. Filem ini akan meneroka kisah seorang remaja lelaki yang cuba mencari dirinya sendiri dalam dunia orang dewasa.Jalan cerita ini diilhamkan oleh Karan setelah melihat berbagai ragam budak lelaki akan membawa cerita seorang remaja yang cuba mendapatkan identiti dirinya setelah tamat pengajian di kolej."'Wake Up Sid', akan diarahkan oleh Ayaan Mukherjee dan dibintangi oleh Ranbir Kapoor dan Konkona Sen Sharma.Filem ini dijangka akan menemui penonton dalam bulan September.