Watak Edie Beale imbau kisah lama Drew Barrymore - Hiburan | mStar

Watak Edie Beale imbau kisah lama Drew Barrymore

Drew Barrymore banyak memendam perasaan tentang kisah lamanya yang pahit.
Drew Barrymore banyak memendam perasaan tentang kisah lamanya yang pahit.

AKTRES Drew Barrymore mendedahkan yang dia tidak seperti yang ramai orang fikirkan. Personaliti sebenar aktres berusia 34 tahun ini jauh dari watak ceria yang selalu dibawanya dalam filem dan program bual bicara yang dijayakannya.

Namun watak barunya, Little Edie Beale dalam filem 'Grey Gardens', memberi Barrymore peluang untuk mengeluarkan perasaannya yang terpendam selama ini.

"Saya gembira dapat melahirkan segala isi hati saya yang terbuku kerana saya memendam banyak kesedihan yang saya tanggung sejak dari zaman kanak-kanak lagi," kata aktres berwajah comel ini.

"Apabila saya menjadi Edie, saya dapat menyelami semua mood-mood sedih saya selama ini - perasaan serba salah, takut dan sakit, semuanya dapat dizahirkan dengan jelas dalam watak ini.

"Dan saya rasa lapang dada dapat melakukan ini kerana orang tidak tahu di sebalik wajah ceria saya, saya juga mempunyai banyak kisah sedih," kata Barrymore.

Melakonkan watak Edie di samping pelakon Jessica Lange dan Jeanne Tripplehorn mengingatkannya tentang zaman dia berada di dalam pemulihan sewaktu remaja.

Malah, Barrymore dapat menghidupkan watak Edie dengan begitu baik sekali apabila dia menghayati watak itu selama 6 bulan dengan mengunci diri dan tidak bergaul dengan kawan-kawan dan tidak ada komunikasi dengan dunia luar.

Karektor Edie yang dibawanya itu sebenarnya ialah sepupu kepada bekas Wanita Pertama Amerika, Jackie Kennedy Onassis, yang tinggal dengan ibunya di sebuah rumah tersergam tapi agak buruk di New York.

Artikel Sebelum

Vee cuak dengan Erma Fatima

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain