suria

Trump sebal Rihanna sanggup berbaik dengan Brown

Trump jelas tidak suka tindakan Rihanna balik kepada Chris Brown, si kaki pukul itu.
Trump jelas tidak suka tindakan Rihanna balik kepada Chris Brown, si kaki pukul itu.
Trump jelas tidak suka tindakan Rihanna balik kepada Chris Brown, si kaki pukul itu.

BUKAN teman artis sahaja yang terkilan penyanyi Rihanna berbaik semula dengan teman lelakinya yang kaki pukul, Chris Brown.

Bilionair dunia Donald Trump juga tidak puas hati dengan keputusan yang diambil Rihanna kerana jelas, perbuatan Brown telah menyakiti penyanyi itu sehingga meninggalkan kesan teruk kepada wajahnya.

Trump melahirkan rasa sebalnya apabila terbaca tentang Rihanna sudah berbaik-baik dengan Brown di surat khabar.

"Kalau dia balik semula dengan Brown, dia memang seorang yang lemah dan sanggup mengaku kalah. Dia tidak berhak untuk mendapat kejayaan di masa akan datang," kata Trump.

Pengacara bualbicara terkenal Oprah Winfrey juga sependapat dengan Trump dan menyuruh Rihanna fikir balik tentang keputusannya untuk bebraik dengan Brown.

"Kalaus aya jadi kawan Chris Brown atau Rihanna, saya akan emnyuruh mereka berjumpa dengan kaunselor, jaga diri baik-baik dan pulihkan dulu perasaan awak sebelum membuat apa-apa keputusan," kata Oprah.

"Cinta itu tidak menyakitkan. Saya berkata ini pada ramai kaum wanita. Apabila seorang lelaki itu memukul anda, dia akan melakukannya lagi.

"Saya tidak kisah apa rayuannya tapi dia tetap akan memukul anda lagi," kata Oprah.

Kes Brown dan Rihanna akan didengar semula di mahkamah pada 6 April ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain