suria

Megan tidak dapat lupakan bekas tunang

Benarkah Megan tidak dapat lupakan bekas tunang?
Benarkah Megan tidak dapat lupakan bekas tunang?
Benarkah Megan tidak dapat lupakan bekas tunang?

MUNGKINKAH cinta berputik kembali bagi aktres Megan Fox yang kelihatan bersama bekas tunangnya, Brian Austin Green baru-baru ini.

Pasangan itu kelihatan bahagia sekali melihat-lihat perabot dan kemudiannya telah pergi makan malam bersama

Dan ini berlaku hanya setelah dua minggu mereka mengumumkan perpisahan mereka secara rasmi.

Aktres yang pernah berlakon dalam filem 'Transformers' itu tampak begitu intim sekali bersama bekas tunangannya yang 13 tahun lebih tua daripadanya, di sebuah restoran eksklusif di Los Angeles.

Kedua mereka, walau bagaimanapun, telah meninggalkan tempat itu secara berasingan, untuk mengelak gambar mereka dirakamkan.

Megan dan Fox telah bersama selama 5 tahun sebelum memutuskan hubungan pada bulan lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain