suria

J.Lo samakan nasibnya dengan Britney

Kisah malang yang menimpa J.Lo hampir sama dengan Britney.
Kisah malang yang menimpa J.Lo hampir sama dengan Britney.
Kisah malang yang menimpa J.Lo hampir sama dengan Britney.

JIKAada seorang aktres yang benar-benar memahami isi hati dan perasaan Britney Spears ketika dia mengalami trauma penceraian, orang itu adalah Jennifer Lopez.

Lopez begitu simpati dengan nasib yang menimpa Britney dan menghulurkan kata-kata berupa nasihat kepada Britney.

"Saya tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Saya cukup sedih melihat keadaannya," kata J.Lo yang kini memilih hidup 'low-profile' setelah berkahwin dengan Marc Anthony dan kelahiran kembarnya.

J.Lo berkata, dia sungguh terperanjat dan risau mengenangkan nasib yang menimpa Britney pada tahun 2008 apabila dia dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah mental.

J.Lo yang juga penyanyi hit 'If You Had My Love' pernah mengalami situasi yang hampir serupa selepas bercerai dengan pelayan kelahiran Cuba, Ojani Noa dan kemudiannya penari Cris Judd.

Kata J.Lo lagi, "Saya faham sangat keadaan Britney. Saya sendiri pernah bercerai, punya duit dan ada ramai tanggungan. Semua ini boleh mengahncurkan anda."

Pada bulan Januari, 2008, selepas penceraian Britney dengan Kevin Federline, masalah peribadinya memuncak hinggakan dia terpaksa membuat keputusan utnuk menyerahkan kedua orang anaklelakinya - Sean Preston (3) dan Jayden James (2) kepada bekas suaminya.

Mujurlah masalahnya semakin pulih kini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain