suria

Raja Lawak 3: 'Red karpet' meriah dengan pelawak baru dan lama

Shamsul Ghau Ghau selaku pengkritik tetap Raja Lawak 3. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN
Shamsul Ghau Ghau selaku pengkritik tetap Raja Lawak 3. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN
Shamsul Ghau Ghau selaku pengkritik tetap Raja Lawak 3. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN

BUAT pertama kalinya, Gelanggang Raja Lawak Astro musim ketiga akhir membuat kelainan dengan membuat upacara karpet merah sebelum program ini berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), baru-baru ini.

Ramai kalangan artis seperti pelakon dan pelawak yang hadir memenuhi undangan program tersebut.

Antaranya adalah pelawak tersohor Datuk Aziz Sattar, Datuk Yahya Sulong, Param, Hamid Gurkha, Nabil, Sathiya, Abon, Ali Mamak, Ropi Cecupak, Radhi Khalid, Ebby Yus produser Raja Azmi dan pemain badminton Roslin Hashim.

Upacara red karpet itu disiarkan secara langsung di saluran 105 Astro Prima dengan dihoskan oleh Along dan Azrul Cham yang merupakan alumni Raja Lawak musim kedua.

Artikel Lain