suria

Julia tetap diburu paparazi

Kehidupan Julia lebih tenang sekarang sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang anak.
Kehidupan Julia lebih tenang sekarang sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang anak.
Kehidupan Julia lebih tenang sekarang sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang anak.

AKTRES Julia Roberts mengaku yang tidak begitu ramai paparazi yang mengikutnya kini setelah dia bergelar ibu.

"Hanya yang lembap saja yang masih ikut saya lagi. Itu pun mereka masih tidak tahu yang mereka tidak sepatutnya mengekori saya lagi," kata aktres jelita itu.

Kenyataan Julia itu sebenarnya tidak begitu tepat kerana paparazi masih mengekorinya kemana saja dia pergi. Lihat saja berpuluh jurugambar dan paparazi yang menunggu kemunculannya di hadapan Hotel Four Seasons, Beverly Hills.

Kehebatan aktres ini dan keinginan media yang ingin tahu perkembangan filem terbarunya 'Duplicity', cerita penyiasatan berunsur thriller yang menyaksikan Julia memegang watak utama setelah lima tahun menyepi.

Dia dipasangkan dengan aktor yang pernah berlakon bersamanya dalam filem 'Closer' iaitu Clive Owen.

Kehidupan Julia lebih tenang sekarang sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang anak.

Walaupun bekas pemenang anugerah Oskar ini agak menyisih diri sejak kebelakangan ini, Julia berkata dia masih mengikuti apa yang berlaku.

"Memanglah saya tidak begitu kerap berlakon sekarang tapi saya bukanlah seorang aktres yang begitu kerap berlakon dulu.

"Tapi dengan tiga orang anak yang memerlukan perhatian anda, saya terpaksa 'berlakon' juga sepanjang hari kerana terpaksa menghiburkan hati mereka, " kata Julia.

Artikel Lain