suria

Suami Amy main cinta dengan pelajar 16 tahun

Perjalanan hidup Amy selalu menjadi bahan santapan media kerana ianya begitu sensasi.
Perjalanan hidup Amy selalu menjadi bahan santapan media kerana ianya begitu sensasi.
Perjalanan hidup Amy selalu menjadi bahan santapan media kerana ianya begitu sensasi.

SELAIN Madonna mungkin penyanyi Amy Winehouse adalah penyanyi yang suka sangat kontroversi.

Ada saja perbuatan Amy yang mecuri perhatian media. Terbaru, Amy hanya memakai bikini tanpa bercoli ketika membuka pintu rumahnya apabila loceng rumahnya berbunyi.

Penyanyi itu khabarnya telah memesan sejenis katil dan ketika katil itu sampai di rumahnya, Amy telah membuka pintu rumahnya hanya berpakaian bikini sahaja.

Amy kini sedang dalam proses mendengar kes penceraian yang difailkan suaminya, Blake Fielder-Civil, seorang banduan.

Blake telah memfailkan penceraian setelah marah dan geram dengan Amy yang dilaporkan main gila dengan bekas pemain ragbi, Joshua Bowman semasa percutiannya di Carribean.

Setelah kembali dari percutian, Amy telah meminta bantuan daripada bekas anggota Spice Girl, Melanie Brown untuk mendapat tips bagaimana hendak menguruskan badannya.

Badan Amy naik beberapa kilo setelah bercuti selama 71 hari di pulau Carribean, St. Lucia.

Melanie telah memberinya sebuah DVD termasuk pelan 4 minggu cara-cara menguruskan badan.

Sedang Amy berhempas pulas untuk menguruskan badan, suaminya pula tengah asyik berpoya-poya dengan gadis berusia 16 tahun.

Blake Fielder Civil, 27, kini hangat berasmara dengan penuntut bernama Francesca Morralee yang masih menetap dengan ibunya.

"Mungkin Fran rasa glamor untuk menjalinkan hubungan dengan bekas Amy tapi dia hanya 16 tahun," kata temannya.

"Dia hanya suka bersosial tetapi dia tidak ambil dadah.

"Dengan imej Blake seorang penagih dadah, tentu saja dia tidak akan menjadi role model yang baik untuk Fran," kata teman itu lagi.

Artikel Lain