suria

Lagak diva Heigl buat ramai orang membencinya

Heigl berlagak diva sehingga dibenci kru.
Heigl berlagak diva sehingga dibenci kru.
Heigl berlagak diva sehingga dibenci kru.

AKTRES Katherine Heigl tak habis-habis buat perangai di lokasi pengambaran hinggakan pengarah dan kru bosan dengan sikap divanya.

Sungguhpun berparas jelita tapi perangai Heigl tidak disenangi. Beliau gemar menunjukkan perangai divanya di set pengambaran 'Five Killers'.

Heigl yang pernah membintangi filem '27 Dresses' bersikap tidak profesional langsung bila melengah-lengahkan masa temubual dan membuat permintaan yang bukan-bukan.

Lagaknya kalahkan puteri Raja apabila minta diterbangkan dengan jet persendirian untuk sampai di lokasi pengambaran. Heigl juga mahu diringi oleh beberapa pengawal peribadi.

Perangai mengada-ngada Heigl ini menjadi buah mulut kru apabila dia enggan meneruskan shooting kerana haus. Dia sanggup mengerah penolongnya yang berbadan dua mendapatkan Coke Zero untuknya.

"Dia juga tidak mahu makan tengahari bersama sesiapa dan tidak mahu sesiapa pun mendekatinya setelah habis pengambaran. Seorang pun kru tidak menyukai sikap Heigl itu," kata satu sumber.

Satu lagi sumber berkata, "Dia begitu yakin dengan dirinya sehingga ramai yang bosan dengan sikap angkuhnya ini. Ramai pengarah yang pernah bekerja dengannya tidak mahu bekerja dengannya lagi."

Artikel Lain