suria

Konsert Rihanna 12 Mac ini

PETALING JAYA: Konsert sulung Rihanna di Kuala Lumpur akan diteruskan pada 12 Mac ini di Stadium Putra Bukit Jalil, setelah penyanyi popular antarabangsa itu terpaksa menunda konsert yang sepatutnya berlangsung pada 13 Februari lalu gara-gara kecederaan teruk yang dialami akibat diserang kekasihnya, Chris Brown, tidak lama dulu.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Urusan Pineapple Concerts Sdn Bhd, Razman Razali yang telah menerima tarikh baru itu daripada agen Rihanna, William Morris Agency di Los Angeles.

Kontroversi yang melanda Rihanna dan penyanyi R&B popular, Chris Brown cukup hangat diperkatakan berikutan kes 'serangan' yang dibuat oleh Chris ke atas kekasihnya itu.

Insiden yang berlaku apabila Brown ditahan polis dua jam sebelum bermulanya majlis Anugerah Grammy pada 8 Februari lalu di atas dakwaan menyerang Rihanna menjadi satu berita yang amat menggemparkan.

Difahamkan, pergaduhan tercetus antara Rihanna dan Brown sebaik selesai parti pra-Grammy yang berlangsung sehari sebelum acara berprestij itu. Rihanna telah membuat aduan polis, namun Brown dibebaskan dengan jaminan US$50,000 (RM180,000).

Kedua-duanya juga turut menarik diri daripada membuat persembahan pada malam Anugerah Grammy itu.

Pergaduhan yang berlaku mengakibatkan kecederaan teruk di beberapa bahagian badan Rihanna. Penyanyi itu juga dikatakan mendapat gegaran yang teruk di kepalanya, serta terdapat bekas gigitan dan pendarahan hidung.

Artikel Lain