Sonam aktres Bollywood pertama ditaja Chanel - Hiburan | mStar

Sonam aktres Bollywood pertama ditaja Chanel

 Wajah jelita Sonam membuat jenama terkenal Chanel turut mengaguminya.
Wajah jelita Sonam membuat jenama terkenal Chanel turut mengaguminya.

SONAM Kapoor paling bertuah sekali kerana diva fesyen ini merupakan satu-satunya aktres Bollywood yang ditaja pakaiannya oleh jenama terkenal Chanel.

Pakaian yang dicipta khas untuk Sonam itu telah digayakan semasa anugerah "Filmfare Awards" baru-baru ini.

"Saya hanya menatap dan membelek baju cantik itu. Ianya gaun berwarna putih, ringkas potongannya dan cantik sekali.

"Ya, saya lah selebriti pertama Bollywood yang tajaan dari Chanel. Saya betul-betul teruja dengan penghormatan seperti ini.

"Rasa macam Cinderella pula. Tidak pernah saya rasa segembira ini," kata Sonam lagi.

Khabarnya setelah melihat wajah jelita Sonam menghiasi kulit majalah Verve dan Elle, Chanel bermurah hati mengirimkan sepasang gaun untuknya dari 'almari istimewa selebritinya.'

Gaun yang menampakkan kedua-dua bahu comel Sonam itu memang sungguh menawan.

"Mereka mengirimkan tiga helai gaun untuk saya pilih. Saya suka sangat akan gaun putih itu.

"Saya sukakan warna yang lembut dan saya tidak suka pakai aksesori kerana ia mengalih perhatian orang terhadap pakaian yang dikenakan.

"Dan apa yang Chanel bagi itu benar-benar menawan," kata anak gadis aktor terkenal Anil Kapoor ini.

Kini, semakin ramai pereka fesyen yang membandingkan Sonam dengan Penelope Cruz.

"Mula-mula Sanjay Leela Bhansali yang buat perbandingan itu. Saya rasa itu satu penghormatan.

"Sebenarnya bukan niat saya untuk memakai sesuatu mengikut fesyen. Cuma saya sukakan sesuatu yang membuat saya rasa selesa," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan