suria

Gigli menghiasi slot 'Popcorn N' Wednesday' 8TV

8TV sekali lagi membawakan kepada penonton-penontonnya filem-filem menarik sepanjang Mac ini dalam slot Popcorn N’ Wednesday.

Penonton akan dihidangkan dengan filem-filem terbaik Hollywood dari filem cinta hingga ke filem komedi.

“Bulan Mac ini kami akan membawakan filem-filem yang menarik bagi tontonan anda seisi keluarga. Semoga anda semua terhibur!” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Funky Monkey TX Date: 4 Mac 2009 Time: 10.00pm – 12.00am

Filem komedi ini mengisahkan tentang seorang agen CIA Jack McCall yang ingin melepaskan seekor cimpanzi bernama Clemens dari sebuah makmal. Clemens merupakan haiwan yang telah dilatih dengan seni mempertahankan diri. Banyak aksi-aksi menarik dan lucu berlaku lebih-lebih lagi apabila Jack dan Clemens mendapat perlindungan dari sebuah rumah selepas melarikan diri dari makmal itu.

Dibintangi oleh: Matthew Modine, Roma Downey & Seth Adkins

Gigli TX Date: 11 Mac 2009 Time: 10.00pm – 12.00am

Gigli, merupakan seorang pembunuh upahan. Beliau telah ditugaskan untuk menculik adik kepada pegawai pendakwaraya California yang terencat akal.

Gigli telah melarikan beliau dari hospital mental dan menyembunyikannya di apartmen miliknya.

Ricki yang juga seorang pembunuh upahan telah dihantar untuk memerhatikan pekerjaan Gigli supaya segalanya berjalan dengan lancar. Peristiwa lucu mula berlaku apabila kedua-duanya mula jatuh cinta.

Dibintangi oleh: Jennifer Lopez & Ben Affleck

Secondhand Lions TX Date: 18 Mac 2009 Time: 10.00pm – 12.00am

Secondhand Lions membawa anda mengikuti perjalanan seorang budak lelaki (Walter) yang pemalu telah ditinggalkan oleh ibunya di rumah pak ciknya yang agak pelik. Semua ini gara-gara kerana ibunya ingin Walter menyiasat di mana kedua-dua pak ciknya menyembunyikan wang mereka.

Dibintangi oleh: Haley Joel Osment, Michael Caine & Robert Duvall

How to Eat Fried Worms TX Date: 25 March 2009 Time: 10.00pm – 12.00am

Billy Forrester berpindah ke rumah baru bersama dengan ibu, bapa dan adik lelakinya Woody. Selepas berpindah, Billy enggan ke sekolah kerana takut dibuli tetapi ibunya berjanji yang segalanya pasti berjalan dengan baik apabila beliau dapat menyesuaikan diri nanti.

Apabila tiba di sekolah, Joe Guire, Benjy, Bradley, Plug, Techno Mouth, Donny dan Twitch telah memberi nama baru kepada Billy – Billy F.

Plug dan Bradley telah mencuri bekal makanan Billy. Mereka kemudiannya masuk semula ke kelas dan berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sewaktu rehat, Plug datang ke arah Billy dan memberinya sebuah botol air yang berisi cacing tanah. Billy yang merasa tercabar telah memakan kesemua cacing itu.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem-filem menarik ini secara PERCUMA sepanjang Mac setiap Rabu jam 10.00 malam hanya di 8TV. Anda juga dapat menonton siaran 8TV melalui saluran 708 Astro.

Anda kini dapat menonon program kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari ke www.mobile.8tv.com.my.

Artikel Sebelum

Artikel Lain