suria

Farhan memerah otak untuk sequel Don

Pelakon, pengarah dan penyanyi Farhan Akhtar paling minat dengan bidang pengarahan.
Pelakon, pengarah dan penyanyi Farhan Akhtar paling minat dengan bidang pengarahan.
Pelakon, pengarah dan penyanyi Farhan Akhtar paling minat dengan bidang pengarahan.

SIRI Don 1 pernah ditayangkan serentak di semua pawagam pada hari Diwali tahun 2006. Untuk sekuelnya, pengarah Farhan Akhtar bercadang mengulangi formula ini dan melancarkannya pada Diwali tahun 2010.

"Disebabkan kesibukan masa, saya dan SRK bercadang memulakan pengambaran pada tahun 2010," jelas Farhan.

Bagi Dob 2, pelakon dan watak asal masih dikekalkan seperti Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra. Pengambaran akan dijalankan pada April 2010.

Farhan yang juga seorang pengarah, pelakon dan juga penyanyi terlalu sibuk akhir-akhir ini mengarah filem 'Rock On' dan 'Luck By Chance' sehingga tidak ada masa untuk mengarah filem ini buat waktu ini.

"Menjadi pengarah masih cinta pertama Farhan dan dia suka mengarah filem tapi hanya satu filem saja untuk satu, dua tahun.

"Dia pernah mengarah 'Dil Chahta Hai' pada tahun 2001, Lakshya (2004), Don tahun 2006 dan Don 2 pula dirancang untuk tahun 2010.

"Farhan kini sibuk menulis skrip dan merancang post produksi untuk filem Don 2. Dia agak tertekan kerana ramai yang menaruh harapan untuk filem Don 2 kerana Don 1 agak baik," kata teman Farhan.

Penceritaan Don 2 akan dimulakan di mana Don 1 berakhir.

"Kesudahan yang menarik dan di luar jangkaan adalah gaya pengarahan Akhtar. Yang penting, filem arahannya semuanya berbeza dan unik," kata temannya itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain