suria

Saif kepingin badan berotot

Aktor Bollywood Saif Ali Khan inginkan badan berotot utnuk membawa watak terbarunya.
Aktor Bollywood Saif Ali Khan inginkan badan berotot utnuk membawa watak terbarunya.
Aktor Bollywood Saif Ali Khan inginkan badan berotot utnuk membawa watak terbarunya.

SEMUA aktor Bollywood berlumba-lumba untuk menunjukkan otot masing-masing. Mula-mula dulu Shah Rukh Khan berhempas pulas membuat senaman di gym untuk penampilannya dalam filem 'Om Shanti Om.'

Kalau dulu Salman sinonim dengan aksi buka baju tunjuk otot, SRK dan Amir Khan pun mengikut jejak langkah Salman.

Kini giliran kekasih Kareena Kapoor pula, Saif Ali Khan.

Sebelum ini, Saif bukannya seorang lelaki yang inginkan badan berketul-ketul seperti pelakon Bollywood lain tapi tiba-tiba saja dia berubah hati untuk memperlihatkan susuk tubuhnya bagi filem ‘Salaam Namaste.’

Sibuk betul dia membuat senaman di gym di rumahnya di Bandra, hingga sanggup mengupah jurulatih peribadi Satyajit Chaurasia untuk membantu mendapatkan badan idamannya.

Aktor yang kacak ini juga mahu mendapatkan badan idamannya untuk membawa watak detektif bagi produksinya sendiri, ‘Agent Vinod’ yang akan diarahkan oleh Imtiaz Ali. Saif akan bergandingan dengan kekasihnya Kareena.

Regimnya setiap hari adalah latihan pada sebelah pagi dan akan berterusan selama 45 minit. Ini diikuti dengan angkat berat. Kesemua latihan ini akan berterusan selama dua jam setiap hari.

Artikel Sebelum

Artikel Lain