suria

Radcliffe teruja menjadi pujaan peminat gay

Radcliffe teruja bila mengetahui golongan gay juga meminatinya.
Radcliffe teruja bila mengetahui golongan gay juga meminatinya.
Radcliffe teruja bila mengetahui golongan gay juga meminatinya.

PELAKON yang dikenali kerana wataknya dalam 'Harry Potter', Daniel Radcliffe baru-baru ini kelihatan bersama seorang wanita misteri yang cukup jelita.

Wanita jelita yang berambut hitam itu menemani Radcliffe di makan malam di The Ivy, London's Covent Garden sebelum mereka hadir untuk satu persembahan muzikal West End, "Oliver."

Sebelum ini, Radcliffe pernah berkata yang dia berasa sungguh gembira apabila peminat gay mula menunjukkan minat kepadanya.

Pelakon berbakat besar ini, mula diminati oleh golongan gay setelah beliau muncul dalam 'Equus'.

Beliau juga pernah membuat persembahan tanpa seurat benang di badannya dalam versi muzikal West End dan Broadway.

Bagi pelakon berusia 19 tahun, kemunculan peminat gay adalah sesuatu yang dialu-alukan kerana sebelum ini hanya peminat wanita saja yang melahirkan kekaguman kepadanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain