suria

Lindsay akan berkahwin dengan kekasih 'lesbian'nya, Samantha?

Lohan dan Ronson mula berkenalan sejak tahun lepas lagi.
Lohan dan Ronson mula berkenalan sejak tahun lepas lagi.
Lohan dan Ronson mula berkenalan sejak tahun lepas lagi.

KALAU sebelum ini wajah cengkung dan badan keringnya menjadi tajuk surat khabar, kini kisah Lindsay Lohan akan berkahwin dengan kekasih lesbiannya pula menjadi tajuk berita.

Dalam pada itu, Lindsay Lohan dan Samantha Ronson diberitakan akan berkahwin tidak lama lagi setelah kedua mereka kelihatan bersama di rumah ibadat Yahudi, Westminister Synagogue di sebuah daerah eksklusif Knightsbridge, London, yang terkenal dengan fahaman liberalnya tentang perkahwinan.

Pasangan ini diberitakan sudah mengikat tali pertunangan tahun lepas setelah Ronson secara tidak disedari memberitahu pengunjung kelab malam di Los Angeles tentang persiapan perkahwinan mereka.

Baru-baru ini, mereka kelihatan bergambar mesra di sebuah gereja Yahudi, di kota London bersama-sama.

Lohan dan Ronson mula berkenalan sejak tahun lepas lagi.

Lohan dibesarkan dalam keluarga yang berfahaman Katholik sementara Rohan adalah dari keluarga Yahudi.

Baru-baru ini, aktres Lindsay Lohan memeranjatkan hadirin apabila tiba-tiba saja naik ke pentas dan berduet bersama kekasihnya, Samantha Ronson dalam satu majlis famili yang diadakan.

Lohan, yang berusia 22 tahun dan Ronson, 31, telah membuat persembahan istimewa bersama sambil menghiburkan mereka yang hadir.

Antara lagu yang disampaikan bersama ialah lagu hits Beatles "With a Little Help From My Friends" sambil abang Ronson, Mark mengiringi mereka dengan bermain gitar.

Parti yang agak meriah itu telah diadakan di Hotel Mandarin Oriental di London's Knightsbridge, bagi meraikan hari baligh (Mitzvah) adik lelaki Ronson, Josh.

Seorang tetamu berkata, "Majlis itu sungguh menggembirakan dan pasangan kekasih Lindsay-Ronson nampak bahagia bersama."

Artikel Sebelum

Artikel Lain