Hudson masih teringat tragedi yang menimpa keluarganya - Hiburan | mStar

Hudson masih teringat tragedi yang menimpa keluarganya

Tragedi yang menimpa Hudson masih menghantauinya hingga kini.
Tragedi yang menimpa Hudson masih menghantauinya hingga kini.

BARU kini, pemenang Grammy dan Oscar R&B terbaik, Jennifer Hudson dapat menikmati kehidupan lamanya kembali.

Setelah menjayakan acara American Football Super Bowl, Hudson mengumumkan tentang siri konsert yang akan dijayakannya tidak lama lagi.

Namun, ini tidak bermakna dia sudah melupakan peristiwa pahit yang dialami sebelum ini.

Tragedi yang menimpa keluarganya masih terbayang di matanya. Ibunya, Darnell Donerson dan abangnya Jason Hudson, 29, ditembak mati pada 8 Oktober tahun lalu di kediaman mereka di Donerson Chicago, Illinois.

Mayat anak saudaranya yang berusia tujuh tahun, Julian, pula didapati di tempat lain dalam sebuah kereta tiga hari kemudian.

Hudson memberitahu tokoh bual bicara terkenal Oprah Winfrey, "Saya ok. Dan saya bersyukur dapat kembali semula bekerja seperti dulu.

"Ianya seperti satu terapi. Saya berada di tempat yang elok," kata Hudson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain