suria

Perkahwinan eksklusif Gisele-Brady di LA

Majlis resepsi Gisele dibuat dalam suasana yang sederhana dan dihadiri oleh golongan eksklusif, juga famili kedua pengantin saja yang diundang.

PERKAHWINAN Gisele Bundchen dan Tom Brady akhirnya selamat dijalankan di St. Monica Catholic Church, Santa Monica, California baru-baru ini.

Gisele, 28, kelihatan sungguh jelita dalam busana pengantin berwarna ivori yang tidak berlengan dengan layah yang panjang dengan tas tangan yang warna merah jambu yang direka khas oleh Dolce & Gabbana.

Sementara ketiga-tiga ekornya juga memakai warna yang sedondon, juga rekaan Dolce & Gabbana dengan kolar renda berbunga.

Dolce & Gabbana juga adalah pereka khas pakaian pengantin Fergie ketika perkahwinannya dengan Josh Duhamel pada bulan lepas.

Majlis resepsi Gisele dibuat dalam suasana yang sederhana dan dihadiri oleh golongan eksklusif, juga famili kedua pengantin saja yang diundang.

Antaranya ialah anak Brady dan bekas temannya Bridget Moynahan dan John Edward Thomas Moynahan.

Supermodel kelahiran Brazil ini memulakan perhubungannya dengan Brady, 31, pada 2006.

Teman kedua pasangan ini amat suka melihat Gisele dan Brady bersama.

"Memang Gisele lah orangnya. Dia benar-benar membuat Brady rasa gembira dan sempurna," kata teman mereka.

Pasangan ini telah membeli sebuah plot tanah bernilai AS$11.7 juta di perumahan mewah Brentwood, Los Angeles akhir tahun lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain