suria

Kylie nyanyi lagu AR Rahman, menari dengan Akshay Kumar dalam 'Blue'

Kylie dan Akshay akan beraksi bersama dalam satu babak lagu dan nyanyian di dalam filem Blue
Kylie dan Akshay akan beraksi bersama dalam satu babak lagu dan nyanyian di dalam filem Blue
Kylie dan Akshay akan beraksi bersama dalam satu babak lagu dan nyanyian di dalam filem Blue

DIVA pop Kylie Minogue akan buat penampilan khas dalam sebuah filem Bollywood, 'Blue', beraksi dalam satu babak lagu dan nyanyian bersama-sama aktor Bollywood Akshay Kumar.

Penyanyi kelahiran Australia yang albumnya pernah mencecah jualan figura 60 juta dan lagu singlenya "Can't Get You Out of My Head" baru-baru ini sampai di Mumbai bagi pengambaran filem Blue.

Adegan dalam laut itu akan turut dibintangi oleh Akshay Kumar, Sanjay Dutt and Katrina Kaif.

Minogue juga telah merakamkan sebuah lagu rekaan komposer terkenal, AR Rahman, yang baru-baru ini memenangi Anugerah 'Soundtrack' dan lagu terbaik melalui filem "Slumdog Millionaire" dalam Anugerah Akademi ke-81.

Minogue akan berduet dengan penyanyi latar terkenal Sonu Nigam, namun bagi tarian lagu ini pula, penyanyi ini akan berpasangan dengan Akshay Kumar.

Kehadiran Minogue di dalam ebuah produksi Bollywood dianggap satu pencapaian tinggi dalam industri hiburan Bollywood. Khabarnya salah seorang tokoh perniagaan penting yang berjaya membawa perubahan ini ialah billionaire Anil Ambani.

Anil sudahpun membuat tawaran kepada produser terkenal Hollywood, Stephen Spielberg dan pelakon veteran Sylvester Stallone untuk turut serta dalam produksi Bollywood.

Sumber memberitahu, penampilan Minogue dalam filem 'Blue' agak ceria dan tidak ada apa yang hendak dirugikan.

Minogue yang teruja berkolaborasi dengan A.R Rahman tapi agak skeptikal dengan kemunculannya sebagai 'item girl" menari dengan Akshay Kumar.

"Item girl" adalah babak wajib yang memaparkan penari seksi memakai bikini atau baju seksi menarikan lagu dalam sesebuah filem Bollywood. Selalunya, "item girl" tidak ada kaitan dengan filem itu.

Bagi A.R Rahman, peluang memberikan lagu ciptaannya untuk Minogue adalah sesuatu yang tidak pernah terfikirnya.

"Saya dengar tariannya seindah suaranya ketika menyanyi. Bagi saya, yang penting adalah latihan," kata Rahman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain