"Hammertime" di sebalik kemasyhuran nama M.C Hammer - Hiburan | mStar

"Hammertime" di sebalik kemasyhuran nama M.C Hammer

Disebabkan terikat dengan janji, Siti akur untuk meneruskan persembahannya pada konsert Maulidur Rasul yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, malam esok.
Disebabkan terikat dengan janji, Siti akur untuk meneruskan persembahannya pada konsert Maulidur Rasul yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, malam esok.

PEMINAT-PEMINAT MC Hammer jangan harap dapat melihat idola kesayangan mereka dengan seluar 'baggy' bersantai di rumah seperti dalam program realiti baru "Hammertime."

Program baru penyanyi yang cukup popular di awal tahun 1990 ini, akan memberi gambaran tentang 16-jam kehidupan Hammer sebagai tokoh perniagaan, komputer fanatik, seorang ayah dan suami.

Rancangan ini akan bersiaran mulai awal Mei di A&E.

Program ini akan membuat sedutan kehidupan Hammer, isterinya Stephanie yang dikahwininya selama 23 tahun, lima orang anak berusia 3 hingga 21 tahun yang tinggal di Oakland, California.

"Anda akan lihat sebuah keluarga Amerika yang hidup di persekitaran Amerika," kata Hammer.

Tambah beliau, "Program ini tidak ada skrip dan banyak saat-saat lucu yang dirakamkan. Semua ini akan membuat program ini lebih baik."

Malah, menurut Hammer, yang berusia 46, penonton akan terperanjat melihat kepakarannya dalam bidang perniagaan, komputer dan usahanya untuk menubuhkan empayar sosial media.

"Saya seorang ayah di abad 2010. Saya betul-betul tahu tentang semua teknologi dan selalu melayari internet," kata penyanyi yang nama sebenarnya, Stanley Burrell.

Kata Hammer, isteri dan anak-anaknya lebih teruja untuk mengambil bahagian dalam prograam ini berbanding dengan dirinya.

"Mereka suka melihat diri mereka di kaca TV. Semua anak-anak saya sukakan muzik dan teater," kata ayah yang penyayang ini.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain