suria

Rushdie kritik 'Slumdog Millionaire'

Rushdie tidak suka filem 'Slumdog Millionaire'.
Rushdie tidak suka filem 'Slumdog Millionaire'.
Rushdie tidak suka filem 'Slumdog Millionaire'.

SATU dunia mungkin sedang memuja filem ‘Slumdog Millionaire’ yang menang besar di Anugerah Oscar baru-baru tapi bukan penulis novel terkenal Salman Rushdie.

Rushdie, yang terkenal dengan buku 'Satanic Verses' sehingga ada perintah membunuhnya berkata, "filem itu hanya mengukir perkara yang mustahil atas sesuatu yang mustahil."

Ketika memberi ucapan di Universiti Atlanta Emory, Rushdie berkata "filem itu tidak lebih dari 'feel-good'."

Dia juga mengkritik naratif filem itu sebagai kurang meyakinkan terutama adegan betapa mudahnya Salim memegang pistol dan secara misterinya berada seribu batu di Taj Mahal, adalah sesuatu yang sungguh tidak masuk akal.

Ini bukan kali pertama Rushdie mengutuk filem itu. Pada bulan Januari, Rushdie pernah memberitahu New York Times: "Saya bukanlah peminat filem 'Slumdog Millionaire.’

"Secara visualnya memanglah filem itu nampak cemerlang tapi saya ada masalah dengan jalan cerita filem ini. Mustahil ia benar-benar berlaku sedemikian.

"Saya bukannya benci kepada realism magis tapi perlu ada tahap di mana ada peraturan yang boleh dipercayai dan perlu dipatuhi. Ada tiga atau empat kali, jalan cerita filem ini melanggar peraturan ini."

Bukan saja 'Slumdog Millionaire', filem-filem lain yang dipertanding di Oscar seperti 'The Reader' dan 'The Curious Case of Benjamin Button' juga tidak digemarinya.

Tanpa berselindung, Rushdie mengaku meminati filem-filem seperti 'The Lord of the Rings: The Return of the King' dan 'The Dark Knight'.'

Pengkritik filem kini hanya menanti kemunculan novel Rushdie 'Midnight's Children' yang akan diadaptasi oleh Deepa Mehta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain