suria

Raima Sen tidak mungkin berbikini untuk popular

Raima tidak percaya memakai bikini untuk meraih populariti.
Raima tidak percaya memakai bikini untuk meraih populariti.
Raima tidak percaya memakai bikini untuk meraih populariti.

KEDUA-DUA anak perempuan Moon Moon Sen, aktres Riya and Raima Sen ternyata meneruskan kejelitaan yang diwarisi oleh nenek mereka, Suchitra Sen namun dari segi kejayaan karier nampaknya masih lagi jauh.

Antara kedua-dua mereka, Raima jelas masih terkial-kial mencipta nama.

Meskipun lakonannya dalam filem 'Godmother', 'Manorama Six Feet Under' dan terbaru 'Mere Khwabon Mein Jo Aaye' mendapat reaksi positif dari pengkritik.

Raima mengaku bukan senang untuk berjaya dalam masa yang singkat.

"Untuk menempa kejayaan perlukan masa yang lama. Tapi saya rasa saya sedang ke arah sana.

"Saya sedang cuba sedaya upaya untuk mendapat pengiktirafan atas kerja-kerja saya. Saya tidak akan lupakan matlamat saya. Saya yakin akan berjaya," kata Raima.

Namun, Raima tidak percaya memakai bikini untuk meraih populariti.

"Saya tidak terfikirpun hendak buat begitu. Tidak mungkin saya akan melakukannya," katanya lagi.

Begitu juga dengan teman lelaki. Raima mengaku yang dia masih solo.

"Belum masanya saya beri tumpuan ke arah itu. Karier dulu, yang lain boleh tunggu. Buat masa ini, tidak ada lelaki dalam hidup saya."

Filem Raima seterusnya ialah 'Teen Patti' yang akan dibintangi Amitabh Bachchan.

"Banyak juga skrip baru yang saya terima. Saya belum buat keputusan yang mana satu nak pilih," kata Raima.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain