suria

Pujian Rishi membuat Divya terpana

Bukan kerana watak yang ditawarkan saja membuat Divya gembira, tetapi kerana peluang berlakon di samping pelakon kesayangannya Rishi Kapoor.

WALAUPUN pernah memegang watak yang agak mencabar dalam filem yang lepas-lepas, aktres Divya Dutta cukup tertarik dengan peranan yang diberikan kepadanya dalam filem 'Delhi 6'.

Bukan kerana watak yang ditawarkan saja membuat Divya gembira, tetapi kerana peluang berlakon di samping pelakon kesayangannya Rishi Kapoor.

Oleh kerana Divya adalah peminat setia Rishi sejak dari dulu lagi, dia tidak membuang masa menikmati masa santai bersama Rishi ketika di set pengambaran.

Kononnya, mereka cukup gembira menghabiskan masa menyanyi dan bermain gitar. Malah khabarnya, Divya turut menyanyikan semua lagu-lagu lama ‘Karz’ yang membuat Rishi sedikit emosi.

"Saya sememangnya jatuh hati dengan Rishiji. Berlakon dengan Rishi dan Waheeda Rehman adalah impian saya selama ini. Saya akan kenang saat itu sampai bila-bila," kata Divya.

Yang membuat Divya terus menyayangi Rishi apabila pelakon veteran itu memuji lakonannya dalam filem 'Delhi 6'. Pujian itu terus membuat Divya terpana.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain