suria

Mahu diabadikan sebagai 'Jade Goody' di batu nisan

Baru-baru ini Goody telah menggemparkan dunia apabila mengambil keputusan nekad berkahwin dengan kekasihnya, Jack Tweed yang berusia 21 tahun walaupun doktor menjangkakan hayatnya hanya tinggal beberapa minggu lagi.
Baru-baru ini Goody telah menggemparkan dunia apabila mengambil keputusan nekad berkahwin dengan kekasihnya, Jack Tweed yang berusia 21 tahun walaupun doktor menjangkakan hayatnya hanya tinggal beberapa minggu lagi.
Baru-baru ini Goody telah menggemparkan dunia apabila mengambil keputusan nekad berkahwin dengan kekasihnya, Jack Tweed yang berusia 21 tahun walaupun doktor menjangkakan hayatnya hanya tinggal beberapa minggu lagi.

JADE Goody, pesakit kanser yang sedang menanti saat-saat akhir hidupnya mahu batu nisannya ditulis dengan nama Jade Goody dan bukan nama suaminya walaupun dia sudah berkahwin dengan Jack Tweed.

Bintang 'Big Brother' berusia 27 tahun itu, akur yang dia kini berada di ambang maut.

Walaupun begitu, Goody telah menggemparkan dunia apabila mengambil keputusan nekad berkahwin dengan kekasihnya, Jack Tweed yang berusia 21 tahun walaupun doktor menjangkakan hayatnya hanya tinggal beberapa minggu lagi.

"Saya mahu orang mengingati saya sebagai Jade Goody. Itulah saya. Saya tahu ramai tidak suka cara saya bercakap pasal kematian saya, tapi itulah yang saya inginkan selepas saya mati supaya nama saya diabadikan sebagai Jade Goody," kata wanita yang menetap di Essex itu.

Ibu yang tabah ini juga mahu semua wang dan harta yang terkumpul, dianggarkan berjumlah 750,000 pound diwarisi oleh dua orang anak lelakinya - Bobby, 5 dan Freddie, 4.

"Semua yang saya miliki, rumah dan wang yang ada, akan menjadi milik anak-anak saya. Dan untuk pengetahuan semua, Jack tidak akan beroleh apa-apapun, samada duit mahupun hadiah dari perkahwinan kami," katanya.

Jelasnya lagi, "Jack juga mahu semua wang itu diberi kepada anak-anak saya."

Nama Jade Goody menjadi terkenal dan mendapat liputan dunia apabila dia membuli dan menghina aktres Bollywood Shilpa Shetty dengan kata-kata berunsur perkauman dalam siaran 'Celebrity Big Brother' terbitan Channel 4 di London pada tahun 2002.

Goody telah dikecam hebat hinggakan hampir 40,000 aduan diterima daripada para penonton dan para pegawai kerajaan India mendesak rakan-rakan sejawat mereka di Britain supaya campur tangan.

Kerana keributan yang berlaku bilangan penonton siri berkenaan meningkat dari 3.5 juta hingga 4.5 juta. Akhirnya Goody disingkirkan melalui undi penonton.

Namun, Goody dan Shilpa menjadi rakan baik sudahnya.

Kini di penghujung hidupnya, Goody telah bersetuju membenarkan program 'Living TV' menyiarkan perjuangannya melawan kanser, malah dia juga sanggup agar proses kematiannya dirakam dan disiarkan.

"Saya pernah berjuang hidup di depan kamera. Dan kemungkinan juga saya akan mati di depan kamera," katanya.

Kanser pangkal rahim yang dihidapi oleh Goody dikesan pada Ogos tahun lalu. Kini, rambutnya botak kesan dari rawatan kimoterapi yang dijalaninya.

Goody sudah jangka usianya tidak akan lama, lantas dia membuat berbagai usaha seperti memberi kebenaran merakamkan kisah kanser dan matinya untuk mengumpul dana bagi membiayai hidup dua orang puteranya.

Walaupun keluarga Jade mahu dia dirawat di Amerika, Goody menolak. Apa yang diinginkan kini ialah menghabiskan waktu bersama Jack dan anak-anaknya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain