suria

Kisah gaun Cruz yang berusia 60 tahun

Gaun vintaj berusia 60 tahun yang digayakan Cruz di majlis Oscar.
Gaun vintaj berusia 60 tahun yang digayakan Cruz di majlis Oscar.
Gaun vintaj berusia 60 tahun yang digayakan Cruz di majlis Oscar.

HABIS cerita kemenangan Penelope Cruz, timbul pula kisah di sebalik gaun putih ala 'pengantin' yang dikenakan semasa anugerah Oscar pada 22 Februari lepas.

Rupa-rupanya gaun itu itu telah dibeli Cruz, lapan tahun yang sudah dan dia menanti masa yang sesuai untuk menyarungkan di tubuhnya yang comel itu.

Dan untuk pertama kalinya, Cruz memakai gaun itu ketika berjalan ke pentas untuk mengambil anugerah Aktres Pembantu Terbaik menerusi watak Maria Elena, dalam filem "Vicky Cristina Barcelona."

Aktres berusia 34 itu berkata gaun vintaj Balmain yang dipakainya malam itu memang tidak pernah dipakainya sebelum ini. Tertarik dengan potongan gaun itu, Cruz pun membelinya dengan harapan dapat digayakan dalam majlis yang istimewa. Dan usia gaun itu pula 60 tahun.

"Saya terjumpa gaun ini lapan tahun yang dulu dan saya menyimpannya untuk majlis yang istimewa," kata Cruz.

"Vicky Cristina Barcelona" menceritakan kisah dua orang wanita Amerika - Vicky (dibintangi Rebecca Hall) dan Cristina (Scarlett Johansson), yang menghabiskan musim panas di Barcelona, dan membuat hubungan romantis dengan Juan Antonio (Javier Bardem), pelukis kacak yang masih mempunyai hubungan dengan bekas isterinya yang panas baran, Maria Elena (Cruz).

Namun ini bukan kali pertama Cruz mendapat pencalonan di Oscar, Kali pertama ialah menerusi filem "Volver" pada Anugerah Oscar tahun, di bawah arahan pengarah Spanish Pedro Almodovar.

"Saya tidak tahu bagaimana hendak mengucapkan terima kasih kepada Woody kerana memberikan saya satu watak yang cukup baik," kata Cruz ketika diminta memberi ucapan kemenangan.

.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain