suria

Hewitt jelmaan Audrey Hepburn

Hewitt begitu taksub dengan penampilan Audrey Hepburn.
Hewitt begitu taksub dengan penampilan Audrey Hepburn.
Hewitt begitu taksub dengan penampilan Audrey Hepburn.

AKTRES Jennifer Love Hewitt begitu taksub dengan aura Audrey Hepburn hingga mahu berpakaian seperti bintang lagenda Hollywood itu ala-ala imej dalam filem 'Breakfast at Tiffany's' ketika meraikan ulangtahunnya yang ke-30 baru-baru ini.

Hewitt yang membawa watak Hepburn untuk siaran TV 'The Audrey Hepburn Story', telah mengadakan majlis makan malam meraikan hari ulangtahunnya di Hotel Montage Beverly Hills.

Untuk mengembalikan mood Hollywood glamor yang klasik, Hewitt telah memilih stail Hepburn bagi hari istimewanya itu.

Majlis dimulakan dengan minum kopi dan makanan ringan kroisant di kedai barang kemas Tiffany's, Beverly Hills.

Hewitt pula telah berpakaian ala Holly Golightly, karakter yang dibawa oleh Hepburn dalam filem itu.

Tema 'Hepburn' berterusan sepanjang hari di Hotel Montage, di mana semua kawan dan kaum keluarga meraikan ulangtahunnya.

"Sungguh menakjubkan. Saya betul-betul terhibur," kata Hewitt.

Artikel Sebelum

'Saham' Dina makin naik!

Artikel Lain