suria

Nicole Kidman terpilih sebagai 'Wanita Australia Paling Bergaya'

Kejelitaan Nicole Kidman selalu mendapat pujian.
Kejelitaan Nicole Kidman selalu mendapat pujian.
Kejelitaan Nicole Kidman selalu mendapat pujian.

AKTRES Nicole Kidman terpilih sekali lagi menjadi "Wanita Australia Paling Bergaya' dalam sebuah kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini.

Dalam sebuah laporan tahunan Rosemount O Summer Style Index, Kidman telah mengalahkan Miss Universe-dan juga pengacara TV Jennifer Hawkins.

Cate Blanchett mendapat tempat ketiga diikuti oleh 'Lelaki Paling Seksi' Hugh Jackman, satu-satunya lelaki yang mendapat tempat dalam senarai 'Top 10'.

Antara mereka yang mendapat tempat kelima ialah penyanyi menawan Kylie Minogue.

Menurut laporan itu, pemilihan itu berdasarkan ikon klasik.

"Rosemount O Summer Style Index menunjukkan orang-orang Australia menyenangi stail klasik yang merangkumi semua batasan umur dari Jennifer Hawkins dan Miranda Kerr, juga stail yang tidak lapuk dimakan zaman seperti Quentin Bryce dan Maggie Tabberer," kata laporan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain